Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

07 Ogo 2025

Strategi

Cara Untuk Trade Dengan Pola Candlestick Tweezer Top & Tweezer Bottom

Dalam artikel ini

Candlestick Tweezer Top dan Tweezer Bottom

Trader mempunyai banyak alat yang boleh digunakan untuk membantu mereka membuat keputusan trading dengan lebih bermaklumat. Penggunaan candlestick sangat lazim untuk meramalkan pergerakan harga jangka pendek. Carta candlestick adalah indikator harga visual yang rupanya seakan-akan batang lilin jepun. Ia menunjukkan bagaimana harga aset bergerak dalam jangka masa tertentu, dan berwarna hijau apabila pergerakan harga adalah bullish dan merah apabila ia bearish. Ia membentuk pola yang boleh digunakan oleh trader untuk mengenal pasti trend dan penyongsangan trend, jadi ia digunakan secara meluas dalam analisis teknikal (TA).

Pola tweezer adalah salah satu signal candlestick yang ringkas, dan anda tidak memerlukan sebarang alat canggih untuk mengenalinya. Mereka bukan jaminan dan tidak meramalkan pasaran dengan sempurna, tetapi ia boleh memberi anda amaran awal bahawa sesuatu sedang berubah. Mari kita telusuri apa itu pola Tweezer, cara mengenalinya, dan cara ia boleh dimanfaatkan dalam trading.

Apa itu pola candlestick Tweezer?

Pola tweezer adalah sejenis pola carta candlestick yang digunakan dalam analisis teknikal dan dianggap sebagai satu signal penyongsangan kerana ia menandakan bahawa pasaran mengalami kesukaran untuk melepasi aras harga tertentu. Pola ini terbentuk apabila dua candlestick berturut-turut mempunyai paras tertinggi atau paras terendah yang sangat serupa.

Mereka dinamakan sedemikian lantaran kemiripan dua lilin yang bersebelahan itu dengan bentuk 'tweezer' (penyepit kecil).

Ia boleh muncul di bahagian puncak trend menaik atau bahagian bawah trend menurun dan menunjukkan bahawa trend sudah mula kehabisan minyak. Harga mencapai suatu aras, ia enggan menembusi aras tersebut dan melantun. Ia tidak bermakna penyongsangan arah trend pasti akan berlaku, tetapi ia adalah tanda yang kuat bahawa harga mula teragak-agak. Trader boleh menggunakan alat data lain untuk mengesahkan penyongsangan.

Perbezaan antara Tweezer Top dan Tweezer Bottom

Ada dua jenis pola candlestick Tweezer bergantung pada momentum: bullish atau bearish. Kedua-duanya adalah pola penolakan (rejection pattern), bermakna harga sudah mencapai suatu aras, ia melantun dan enggan menembusi aras tersebut.

Tweezer Top muncul selepas satu trend menaik dan mencadangkan harga mungkin akan jatuh. Candlestick pertama biasanya berwarna hijau (bullish), menunjukkan pembeli masih menguasai situasi. Kemudian candlestick kedua dibuka pada paras tertinggi yang sama seperti candlestick pertama dan ditutup lebih rendah. Kebanyakan masa, yang ini berwarna merah (bearish).

Apabila Tweezer Top terbentuk, itu bermakna pembeli cuba untuk menolak harga lebih tinggi sekali lagi tetapi menghadapi rintangan yang sama seperti sebelum ini. Mereka gagal membolosinya, dan penjual melawan dengan lebih kuat, menekan harga ke bawah. Formasi ini mencadangkan bahawa trend menaik mungkin akan berakhir, dan jika lilin seterusnya juga berwarna merah, itu adalah amaran yang lebih kuat bahawa trend menaik mungkin sudah tamat.

Tweezer Bottom berfungsi dengan cara yang bertentangan. Ia muncul selepas satu penurunan dan menunjukkan bahawa harga sedang mencapai aras sokongan dan mungkin akan memantul kembali ke atas. Oleh itu, candelstick pertama berwarna merah. Candlestick kedua dibuka pada paras terendah yang sama seperti candlestick yang pertama, tetapi ia tidak dapat menembusi ke bawah, dan berakhir sebagai candlestick berwarna hijau.

Tweezer Bottoms memberitahu anda bahawa tekanan jualan hampir berakhir. Pembeli kemudiannya mengambil alih dan mengalahkan penjual, menyebabkan harga meningkat. Jika candlestick seterusnya adalah bullish dan melepasi julat Tweezer, ia adalah tanda yang sangat baik bahawa momentum bullish mula menguasai.

PolaMuncul selepasHarga sepadanSignal
Tweezer TopTrend menaikHarga tertinggiPenyongsangan bearish
Tweezer BottomTrend menurunHarga terendahPenyongsangan bullish

Perbezaan antara Tweezer Top dan Tweezer Bottom

Cara mengesan pola candlestick Tweezer

Mengesan pola Tweezer adalah sangat mudah. Anda tidak perlu mengkaji Indikator atau melukis garisan atau apa-apa seperti itu. Anda cuma perlu melihat carta anda dan mencari dua lilin bersebelahan. Dalam formasi Tweezer Top, kedua-duanya mempunyai paras tertinggi yang sama. Dalam Tweezer Bottom, mereka berkongsi paras terendah. Lilin pertama harus selari dengan trend semasa, dan oleh itu harus berwarna hijau jika trend adalah bullish, dan merah jika trend adalah bearish. Lilin kedua harus menunjukkan bahawa terdapat penolakan.

Carta candlestick boleh diset untuk pelbagai rangka masa (timeframe). Pada rangka masa yang sangat singkat seperti carta 1 minit, kebanyakan pergerakan harga adalah disebabkan oleh aktiviti rawak. Ini menghasilkan banyak pola kecil yang sebenarnya tidak bermakna apa-apa. Istilah yang sering digunakan oleh trader untuk menyebut ini ialah "hingar" (“noise”). Trend lebih mudah dikesan jika anda berundur selangkah dan melihat gambaran yang lebih luas. Pola tweezer cenderung berfungsi dengan lebih baik pada rangka masa yang lebih panjang, seperti carta 4 jam, carta harian, dan sebagainya, kerana ia mencerminkan apa yang sebenarnya sedang dilakukan oleh pembeli dan penjual dengan lebih baik serta boleh memberikan isyarat berkenaan pergerakan yang lebih besar.

Hanya kerana paras tertinggi atau paras terendah dua batang candlestick sejajar pada aras yang sama tidak bermaksud secara automatik ia adalah Tweezer yang kuat. Candlestick kedua harus menunjukkan suatu macam tindak balas terhadap candlestick pertama, seperti harga berpatah arah atau sangat payah hendak menembusi suatu aras. Ia mesti memberikan signal yang kuat bahawa kawalan sedang beralih tangan daripada pembeli kepada penjual atau daripada penjual kepada pembeli.

Pola Tweezer, secara sendiri, tidak begitu bermakna. Ia mesti muncul pada masa tertentu, sama ada semasa trend sedang menaik atau menurun, di aras rintangan atau sokongan yang jelas. Jika anda nampak ia terbentuk di tengah-tengah julat mendatar di mana harga hanya turun naik seperti mata gergaji, berkemungkinan besar ia wajar anda abaikan sahaja.

Menggunakan Indikator lain seperti Relative Strength Index (RSI) juga boleh membantu. RSI akan menunjukkan sama ada pasaran sudah terlebih beli atau terlebih jual. Jika pasaran terlebih beli ketika Tweezer Top terbentuk, atau terlebih jual apabila Tweezer Bottom muncul, itu boleh memantapkan lagi kebarangkalian bahawa penyongsangan akan berlaku. Salah satu cara untuk memahirkan diri mengenal pasti pola Tweezer yang berbaloi dipertimbangkan dan disandarkan untuk pembukaan urusniaga adalah dengan berlatih di akaun Demo.

Cara mengesan pola candlestick Tweezer

Strategi masuk untuk pola candlestick Tweezer

Trading dengan pola Tweezer agak mudah, tetapi semakin banyak indikator yang anda gunakan untuk menyokong jangkaan anda, semakin tinggi kebarangkalian urusniaga anda akan berjaya.

Pertama, kenal pasti arah trend yang jelas, naik atau turun, dan abaikan tweezers yang terbentuk apabila pasaran hanya bergerak secara mendatar (sideways).

Selepas anda melihat pembentukan Tweezer Top atau Tweezer Bottom pada trend, jangan terus melompat masuk. Tunggu sehingga candlestick seterusnya terbentuk — itu akan menjadi pengesahan anda. Untuk Tweezer Top, pengesahan akan berupa seperti candelstick yang jatuh ke bawah melepasi pola tersebut. Untuk Tweezer Bottom, candlestick akan naik ke atas.

Setelah candlestick pengesahan itu muncul, anda sudah ada signal untuk membuka urusniaga. Anda kemudian mempunyai dua pilihan, bergantung sama ada itu adalah Tweezer Top atau Bottom.

Jika ia adalah Tweezer Top dan anda fikir penyongsangan akan berlaku, anda boleh buka posisi short dengan harapan anda akan membuat wang apabila harga jatuh, dan letakkan renti rugi (SL) sedikit lebih tinggi di atas harga tertinggi pola tersebut sekiranya harga menembus. Untuk Tweezer Bottom, anda boleh beli, dengan harapan anda akan membuat wang apabila harga naik kembali dengan menjualnya pada harga yang lebih tinggi daripada harga beli. Anda boleh tetapkan had henti rugi sedikit di bawah paras terendah sekiranya harga jatuh lebih rendah.

Untuk menutup posisi anda dan mengambil untung, anda boleh set limit pada aras sokongan atau rintangan terkini atau menjualnya bila-bila anda berasa selesa. Menggunakan alat seperti RSI dan buku pesanan boleh membantu anda mengenal pasti sasaran harga yang jelas dan logik untuk menutup posisi anda.

Kesilapan lazim yang perlu dielakkan

Konteks sangat penting apabila anda trading dengan pola Tweezer, jadi adalah penting untuk berundur sejenak selangkah ke belakang dan melihat gambaran keseluruhan sebelum membuka urusniaga anda. Ini boleh membantu anda menghindari market noise (hingar pasaran) atau kesilapan-kesilapan lain.

Satu kesilapan yang lazim dilakukan oleh trader apabila bertrading menggunakan Tweezers adalah menjual atau membeli terlalu awal, sebaik sahaja mereka ternampak pola formasi pola Tweezers. Menunggu candlestick pengesahan bererti anda meningkatkan kebarangkalian anda sedang trading dengan signal yang logik, bukannya dengan hingar bingar pasangan, menjadikannya kurang seperti permainan teka-teki. Ambi masa yang anda perlukan, harga cenderung lebih reaktif di sekitar aras sokongan dan rintangan yang penting, jadi pola Tweezer yang terbentuk di sekitar aras-aras tersebut selepas satu rali panjang lebih cenderung diikuti oleh penyongsangan berbanding Tweezer yang terbentuk secara tidak semena-mena.

Melainkan terdapat sebab yang kukuh untuk berbuat demikian, trading dengan pola Tweezer secara melawan trend secara amnya adalah satu kesilapan. Jika trend keseluruhan kuat, maka pola penyongsangan kecil mungkin tidak akan bertahan, dan pasaran boleh terus bergerak dalam arah yang sama selepas sedikit jeda (pause).

Perdagangan tanpa renti rugi juga boleh menyebabkan kerugian yang lebih besar. Dalam trading tiada apa yang pasti, jadi walaupun setup pola Tweezer tampak sempurna dan anda sudah mendapat pengesahan daripada indikator lain, masih ada perkara tidak menyenangkan yang boleh berlaku. Menggunakan renti-rugi boleh melindungi akaun anda sekiranya keadaan tidak berlangsung seperti yang dijangka. Ia menutup urusniaga anda secara automatik setelah ia mencapai aras tertentu untuk mengelakkan kerugian berlanjutan menjadi lebih parah.

Tidak mengapa untuk melepaskan suatu urusniaga, walaupun anda telah banyak menghabiskan masa untuknya. Adakalanya, setelah menghabiskan banyak masa merancang, trader tetap ingin membuka posisi kerana beliau berasa seperti membazir masa jika tidak melakukannya. Ini mungkin satu kesilapan jika mereka belum mendapat pengesahan yang mencukupi, atau apabila mereka betul, tetapi mengambil masa terlalu lama untuk membuka urusniaga. Pemilihan masa adalah penting, jadi lebih baik untuk anda membatalkan niat dan tidak masuk ke pasaran sama sekali daripada terlambat justeru tergesa-gesa setelah peluang berlalu, atau terperangkap dalam fakeout dan menyaksikan baki anda merosot. Matlamatnya bukan untuk trade dengan setiap signal, tetapi untuk trade signal yang betul pada masa yang tepat.

Contoh pola Tweezer

Contoh pola Tweezer

Jom kita lihat satu contoh. Anda sedang melihat carta candlestick AUDUSD 4 jam. Harga telah menunjukkan kenaikan yang ketara. Tiba-tiba, dua candlestick muncul dengan paras tertinggi yang sama. Yang pertama adalah bullish. Yang kedua dibuka pada paras tertinggi yang sama, kemudian menjadi bearish dan ditutup lebih rendah.

Pola Tweezer anda telah terbentuk, jadi anda kini mahu mendapatkan pengesahan. RSI melebihi 70, yang bermakna pasangan itu sudah terlebih beli. Ini petanda yang baik kerana ia menyokong kebarangkalian penyongsangan.

Candlestick seterusnya muncul dan jatuh melampaui paras terendah kedua-dua lilin tersebut. Ini adalah titik kemasukan anda untuk posisi short. Anda menetapkan renti rugi sebagai langkah berjaga-jaga, tepat di atas paras tertinggi candlestick Tweezer terakhir. Anda kemudian boleh menetapkan pesanan limit untuk keluar daripada urusniaga jangka pendek ini pada aras sokongan seterusnya.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: The Bentley, #16 Cor A Street & Princess Margaret Drive, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.